Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
Hi kepada semua pembaca blogger yang disayangi di sini saya ingin sampaika pengalaman saya berjalan di Melaka iaitu Bandaraya Bersejarah.
Mesti semua orang pernah dengar kan negeri Melaka tempat lahirnya sejarah yang paling popular diajarkan di sekolah dan universiti.
Sebelum itu, saya ingin memulakan pelbagai tips bagaimana ingin ke Melaka
Sebenarnya, kalau kita tinggal di ibu kota seperti Kuala Lumpur, kita boleh je pergi Melaka dengan menaiki bas ekspress. Harga tiket pun murah gilerr hanya RM 10 (bergantung kepada bas yang dinaiki la).
Setelah tiba di Melaka Sentral, anda akan nampak pelbagai bazaar dan restoran dekat MS seperti McDonald, Chicken Rice Shop, kedai mamak dan pelbagailah (untuk siapa yang kali pertama pergilah yang selalu tu dah biasa nampak Melaka Sentral macam mana kan).

Ini adalah bahagian luar Melaka Sentral(siapa yang first time tengok lah ni)
Di sini juga tempat menurunkan penumpang dan tempat menunggu grab dan keluarga yang datang untuk mengambil orang yang tersayang yang baru balik dari negeri lain.
Selepas itu, korang akan nampak kat dalam MS banyak bazaar yang menjual pelbagai barangan seperti baju, aksesori wanita, telefon, kedai gambar dan sebagainya.

Ini bahagian dalam MS, cantikkan kat dalam MS. Tengoklah tu banyak barangan yang dijual seperti beg tangan, gelang, baju dan sebagainya.
Ok untuk part 2, saya akan berikan tips bagaimana nak melancong satu Bandaraya Melaka (bukan satu melaka ok). Bandaraya Melaka terdapat pelbagai tempat menarik yang WAJIB dikunjungi oleh penduduk tempatan dan pelancong asing seperti A Famosa, Kapal Samudera, Taming Sari, Zoo Melaka dan bermacam-macam lagi.
Ok firstly, ketika berada di Melaka Sental korang perlu ambik free bus tau sebab bus tu akan pusing-pusing satu Melaka tau pastu percuma pulak tu tak dikenakan bayaran.

Inilah bas percuma dan tidak perlukan apa-apa bayaran. Korang boleh tengok destinasi mana yang bus tu nak pergi, tapi ingat jangan salah pilih bus sudah. Kalau ada pelancong asing ke tanya korang perlulah beri tunjuk ajar atau direction kat mereka sebab mereka nak melancongkan, so kita kenalah tunjuk budaya yang positif kepada negara luar supaya mereka pun dapat hormat kat negara kita.
Bas ni antara bas yang paling selesa sekali dengan aircond yang sejuk, tempat duduk yang selesa, muzik best-best dan service pun menarik.
Jika korang nak gi A Famosa korang kena cari bas yang destinasinya pergi ke A Famosa tapi tempat ni tertutup tau sebab bas akan berhenti tepi jalan, so korang kena jalan kaki sampai ke A Famosa.
Lepas korang dah sampai A Famosa korang akan sangat teruja sebab dapat pergi bangunan yang angat bersejarah dan korang akan tengok depan mata korang sendiri A Famosa tu daripada tengok lelama kat buku teks.
Ni tempat nak ke gereja lama iaitu gereja St. Paul
Yang ni bahagian tepi A Famosa
Yang ni seberang A Famosa ada busking dan karaoke tau. Kalau korang nak request lagu ke nak nyanyi ke bolehlah pergi disitu tapi kadang2 ada kadang2 takde kiranya ikut timing lah.
Yang ni pula bahagian dalam A Famosa, nampak kosong je kan tapi sebenarnya yang pintu hadapan A Famosa.
Yang ni meriam tau, jangan main2 yang ni meriam betul2 tau awaknyer๐๐๐.
Ini pula bahagian hadapan A Famosa yang selalu korang tengok kat buku teks Sejarah Tingkatan 1 hingga 5.
Ok lepas korang dah melawat A Famosa, mesti korang nak ke Stadhuys kan. Itu adalah destinasi yang paling ramai orang kat situ. Alahh macam bangunan warna merah gituuu...
Stadhuys Melaka
Sebenarnya banyak tempat kat Stadhuys ni korang boleh explore sebab banyak aktiviti atau cenderamata yang dijual disini. Kalau korang nak beli keris kecil ke, gelang ke atau topi dan bag ke korang boleh lah pergi sini sebab bermacam jenis barang yang dijual di sini. One more thing is, kat sini ada jugak tau muzium tekstil nnti korang bolehlah masuk kat dalam dan tengok pelbagai corak dan tekstil yang menarik perhatian korang. Mesti rambang mata punya lah....
Muzium Samudera
Mesti korang dulu masa kecil nak jadi seorang pirates kan dan teringin nak naik kapal kan, don't worry sebab Melaka ada kapal yang terbesar tau iaitu Kapal Samudera
Hah, inilah dia kapal yang besar dan cantik. Kalau kapal tu masih berfungsi mesti kapal ni dah ajak jalan2 pergi tengok laut.....hmmm. Korang akan masuk ke dalam kapal dan tengok semua arca atau barang simpanan kapal yang ada dalam kapal tersebut.
Taming Sari
Taming Sari adalah menara yang berbentuk seperti keris taming sari tau.
Hah, inilah dia menara taming sari tu. Kalau korang naik ke atas, korang akan tengok pemandangan di atas Bandaraya Melaka tau. Kalau malam2 lagi cantik sebab banyak lampu yang berkeklip di bawah hehe....
Korang mesti penat kan asyik berjalan2 di kota, kalau korang nak lepaskan tekanan ke korang bolehlah pergi pantai Pengkalan Balak iaitu pantai yang mempunyai ramai pengunjung di Melaka. Korang boleh mandi-manda di situ dan menikmati hidangan yang menyelerakan.
Tengok gambar2 tu cantik sangat pantai dia kan pada waktu senja. Korang boleh mandi-manda dan boleh picnic bersama ahli keluarga tercinta dan nak masak BBQ pun boleh no prob.
Ok, sampai situ sahaja saya punya pengalaman berjalan di Melaka. Saya berharap agar semua pembaca blogger akan tertarik dengan keindahan dan khazanah di Melaka kerana sudah banyak yang kita telah pelajari di Melaka. Banyak lagi tempat menarik yang tak sempat saya nak kongsikan kepada korang dan hanya tunjukkan korang tempat selalu orang pergi je. Oleh itu, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca blogger yang sudi membaca blog saya kerana sudah banyak sekali blog-blog yang sudah ada tentang Melaka Bandaraya Bersejarah. Korang juga perlulah menjaga warisan Melayu tak kira apa pun korang dari negeri mana, korang tetap kena jaga khazanah Melayu daripada pupus. Itu sahaja daripada saya dan sekian terima kasih kepada semua
Ceriakanlah harimu dengan perasaan yang gembira.





















